Sunday 18 November 2012

macam macam

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni. Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada beberapa hari lepas dari seluruh dunia. Saya juga akan bercerita senarai orang paling kaya dalam dunia yang baru dikeluarkan oleh Forbes. Ok, mula.......


Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah, kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros! Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli ros banyak-banyaklah, hehe


Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak ganas dengan menceroboh padang perlawanan bola sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh padang perlawanan tapi juga menendang pemain tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan antara budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh hilang sabar, tapi kenalah selalu ingat Tuhan, barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.

Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk memasuki university di sana telah "kantoi' meniru atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan. Tapi malang tak berbau, kata orang melayu, beberapa ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang permohonan ialah "burning a hole in pyjamas at age eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan mudah dengan copy-paste je maklumat tu. Kekadang tu tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa bila tulis artikel ni, huhu
Masa sekolah dulu anda belajar science, lembu tergolong dalam kumpulan herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan, manakala karnivor adalah pemakan haiwan lain tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia, "lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan Karnivor! Cuba baca cerita ni...

Di, Kolkata, India, seorang petani menyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan selepas menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap? Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni, petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu! haha
Di, Guatemala City, Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang untuk membersihkan tapak suci puak Mayan daripada "badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan ialah Presiden Bush! Seorang jurucakap bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ! Hai pelik jugak saya fikir, Bush ni betul-betul dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal mak Bush lahirkan mamat seekor ni!





Akhir sekali saya nak cerita pasal senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...











  1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
  2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
  3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
  4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
  5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
  6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
  7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
  8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
  9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
  10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions

Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes.

Sampai sini dulu untuk sekarang, salam