Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi baca blog ni dan beri komen yang
positif. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk improvekan lagi blog ni.
Pada kali ni, saya akan bercerita pasal berita-berita pelik yang berlaku pada
beberapa hari lepas dari seluruh dunia. Saya juga akan bercerita senarai orang
paling kaya dalam dunia yang baru dikeluarkan oleh Forbes. Ok,
mula.......

Di Washington, USA, beberapa saintis German di sana
menulis dalam jurnal mereka bahawa telah menjalankan kajian tentang hubungan
bau-bauan dengan otak manusia dan keputusan yang mereka dapati ialah,
kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan
minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros! Mereka menegaskan bau
yang wangi seperti bau ros mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa
kita tidur. Kajian telah dilakukan pada 74 orang sukarelawan. Sukarelawan ini
tidur dalam bilik yang ada bauan ros ni dan apabila mereka bangun mereka akan
menjalani ujian yang disediakan. Ujian yang sama dijalankan pada esoknya, tanpa
bauan ros. Nak tahu keputusannya? Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah
berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau ros!
Saya berfikir, lepas ni saya nak pegi kedai bunga beli
ros banyak-banyaklah, hehe

Di Berlin, German, seorang lelaki berusia 42 bertindak
ganas dengan
menceroboh padang perlawanan bola
sepak hanya kerana tidak berpuas hati dengan kekasaran yang dilakukan oleh
seorang pemain terhadap pemain lain. Beliau bukan sahaja menceroboh
padang perlawanan tapi juga
menendang pemain
tersebut dengan gaya karate dan menggomol pemain tersebut! Kalau tu tak
cukup pelik, kalau anda nak tahu perlawanan bola sepak itu adalah perlawanan
antara
budak-budak berumur 8 tahun!! kelakar
pun ada! hehe. hai, manusia zaman sekarang dah tak boleh bezakan yang betul
dangan salah. Budak-budak lapan tahun buat kasar pun nak mengamuk! Saya rasa dia
ni kena ambil kursus mengawal kemarahan la. Kita pun kadang-kadang tu boleh
hilang sabar, tapi
kenalah selalu ingat Tuhan,
barulah boleh elakkan perkara macam ni berlaku.

Ni kisah kat London, England, Calon-calon untuk
memasuki university di sana telah
"kantoi' meniru
atau plagiarisme sebelum mereka masuk ke university lagi. Baru hantar
pemohonan dah kantoi meniru, kalau dah jadi student apatah lagi! Kisahnya
begini, sistem untuk masuk ke university di England ialah calon-calon perlu isi
borang pemohonan secara online dan calon perlu isi maklumat yang diperlukan.
Tapi malang tak berbau, kata orang melayu,
beberapa
ratus calon telah didapati copy-paste maklumat dari satu website yang
agak popular yang bagi contoh borang yang diisi oleh calon-calon yang telah
berjaya. Jadi diaorang ni, tanpa berfikir panjang, ambik je maklumat tu dan
hantar. Antara ayat yang dapat dikesan terdapat dalam beratus-ratus borang
permohonan ialah
"burning a hole in pyjamas at age
eight". Saya pun berfikir, manusia ni bila perkara jadi makin mudah, kita
pula jadi semakin malas. Bila senang nak dapat maklumat, kita pula ambil jalan
mudah dengan copy-paste je maklumat tu.
Kekadang tu
tak baca pun apa yang kita copy-paste terus hantar je kat lecturer! hehe, kalau anda terasa, jangan risau, saya lebih terasa
bila tulis artikel ni, huhuMasa sekolah dulu anda belajar
science, lembu tergolong dalam kumpulan
herbivor, iaitu haiwan yang hanya makan tumbuhan,
manakala
karnivor adalah pemakan haiwan lain
tapi lagi sepuluh tahun bila anak anda dah masuk sekolah, cuba anda tanya dia,
"lembu dalam golongan apa?" dan jangan terkejut kalau anda dapat jawapan
Karnivor! Cuba baca cerita ni...

Di, Kolkata, India, seorang petani
menyalahkan anjing jiran-jirannya atas kehilangan misteri
ayam ternakannya. setiap hari bilangan ayam yang diternaknya semakin
kurang, pada waktu pagi nampak bulu-bulu ayam berselerakan di reban. Petani ni
pun berang la, nak bangun pagi pun susah sebab ayam-ayam dia ni pun bertindak
sebagai jam loceng! *ini aku tambah, huhu* Maka, dia pun buatla rancangan untuk
mengintip siapakah dalang disebalik kehilangan misteri ayam ternakannya dan
selepas
menenyeh biji mata dia berkali-kali, dia
masih tak dapat percaya apa yang di tengok! Lembu yang dibelanya dengan
lahapnya melahap ayam ternakannya. *nyam-nyam* Lalu di pun berfikir, tak cukup
ke rumput yg aku bagi sampai ayam aku pun dia nak lahap?
Saya pun tak tau adakah pada masa saya tulis blog ni,
petani ni dah dapat jawapan pada persoalan yg bermain di fikirannya tu!
haha

Di, Guatemala City,
Sekumpulan bomoh terlatih telah telah merancang
untuk membersihkan tapak suci puak Mayan daripada
"badi sial" yang akan dibawa oleh seseorang ke
tempat itu tak lama lagi. Seseorang yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan
ialah
Presiden Bush! Seorang jurucakap
bomoh-bomoh tu berkata, kehadiran Bush ke tapak suci itu sebagai satu
penghinaan pada roh nenek moyang puak Mayan tapi
mereka tidak boleh menghalangnya. Apa yang boleh mereka lakukan hanyalah
membersihkan tapak tu dari "badi sial" Bush selepas beliau beredar dari situ!
Hai pelik jugak saya fikir,
Bush ni betul-betul
dibenci, bukan hanya oleh kita, tapi juga oleh roh nenek moyang puak Mayan yang
dah mati berabad-abad dulu! Mesti menyesal
mak Bush lahirkan mamat seekor ni! 
Akhir sekali saya nak
cerita pasal senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa
nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2
dan seterusnya, lihatlah rangking ni...
- Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
- Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
- Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
- Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
- Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
- Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
- Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
- Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20
Billions
- Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
- Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell
yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah,
7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka
yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah
menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya
kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan
bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah
Forbes.
Sampai sini dulu untuk sekarang, salam
No comments:
Post a Comment