Saturday 13 March 2010

MAYAT Albert Einstein tunggu otak die sampai 4 dekat, sukarnya jadi genius?



Albert Einstein manusia genius yang dikagumi bukan sahaja kepintaran dan kehebatan ilmu fiziknya, bila dia mati seorang doktor yang bernama Dr. Thomas Stoltz Harvey  menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian Pada tahun 1998, Harvey  telah pun memulangkan semula otak berkenaan kepada ahli patologi Princeton sebelum beliau meninggal dunia. kisah ni aku terbaca diruangan di berita kosmo,

 







 Detective Conan; aku pun tak tahu nak label ape kebende la doktor tu, cerdik ke bodoh, sampai otak orang mati pun die nak kaji.peram sampai 40 tahun pulak tu,tu lah kebijaksanaan manusia barat,

Saturday 6 March 2010

masyarakat malaysia mental? bahaya ni..


masyarakat malaysia mental...? Betul. kebanyakan daripada tidak menyedari bahawa mereka mengalami ganguan mental psikologi. gangguan ini terdiri daripada tekanan perasaan dalaman yang melibatkan kecenderungan melakukan perbuatan tanpa disedari.
 bukan sahaja perkara ini berlaku di malaysia, malah negara maju sekali pun mengalami isu serupa malah ada di peringkat tertinggi lagi. salah satu gangguan mental ini yang ingin dikupaskan ialah  kemarahan terlampau,
  definasi kemarahan terlampau aku ialah satu perasaan marah yang berganda. serta sukar untuk mengawal atau dikawal dan tidak berfikir secara logik untuk membuat keputusan/ tindakan disebabkan otak kanan lebih dominasi untuk mengawal sesuatu keadaan,.memberi kesan yang negatif kepada mangsa dan individu itu sendiri.kebanyakan mangsa mereka terdiri daripada kaum yang lemah, lebih lebih lagi kaum wanita dan kanak kanak.
banyak kisah atau contoh yang patut kita tauladan kan. 2,3 minggu kebelakang ini masyarakat malaysia digemparkan dengan kematian 2 orang kanak kanak  yang didera sehingga maut, satu kes seorang kanak kanak perempuan maut disepak dan seorang kanak kanak maut juga akibat dipijak, manakala kaum wanita ditembak dan ditikam sehingga mati oleh pasangan mereka, kisah amah didera dan mendera tak payah cakap la, semua itu berpunca dengan tindakan luar kawalan atau kemarahan terlampau yang disebabkan oleh tekanan perasaan / stress
 Hasil kajian aku bersama  beberapa individu yang kurang Inteleks nya sama seperti aku, berpendapat bahawa punca kemarahan terlampau itu meletus apabila seseorang itu dibawah tekanan yang tidak dapat dibendung, disebabkan tekanan pelbagai sudut, contohnya,dalam keaadaan semasa individu, atau peristiwa lepas yang boleh membangkitkan perasaan marah,
Aku ingin berkongsi pengalamam aku ketika aku hampir keperingkat kemarahan terlampau. yang aku kategorikan fasa 1. Dimana aku juga hampir mencederakan anak sulung aku yang menganggu aku ketika aku dibawah pengaruh tekanan ditempat kerja ditambah pula kesesakan lalu lintas kuala lumpur selepas hujan turun. Setiba aku menjejaki kaki dirumah anak sulung aku sedang berlari lari sambil menconteng kan dinding dengan pen marker. ditambah pula anak kedua aku yang tidak berhenti menangis kerana mungkin perut kembung  telah mencenderungkan aku berubah sikap lembut aku terhadap anak anak aku kepada watak yang lebih bengis,Hampir hampir sahaja aku ingin menyepak anak aku sekuat hati, mujurIsteri dan Ibu aku pandai mengawal keadaan. Ketika itu aku labelkan diri aku self disorder mental, Dimana aku gagal untuk mempertimbangkan secara logik baik buruk sesuatu tindakan itu. Yang boleh mengakibatkan perkara buruk terhadap orang yang aku sayangkan.Perkara itu benar benar terjadi dan akan aku pastikan peristiwa buruk itu tidak akan terjadi dimasa hadapan.
Kesimpulan dari pengalaman aku itu, bahawa kemarahan terlampau itu adalah penyakit mental, Dimana jika tidak dirawat dengan segera mungkin akan mencenderungkan individu itu kepada perkara buruk yang melibatkan orang terdekat atau individu itu sendiri.sejak peristiwa itu, Aku tidak lagi tergesa gesa pulang kerumah jika aku dibawah pengaruh tekanan perasaan ditempat kerja,Aku ceriakan diri aku dengan bersosial ringan dengan rakan setugas.sebab bila kita dalam mood tenang atau ceria,kita takkan mudah marah. dan aku sesuai sekali dengan langkah tersebut, Bagaimana dengan korang?????





Detective Conan;
1 tips aku nak  berkongsi bersama,cuba cium aroma cokelat dikala pagi, atau aroma milo panas sejurus bangun pagi, orang tetua mat salleh cakap,bauan koko boleh menceriakan kita sepanjang hari, dimana otak kita mengeluarkan cecair kegembiraan diotak sebelah kanan yang mengawal segala bentuk emosi, betul ke, try lahhhhh. AKU TENGAH BUAT SURVEY, PERLUKAH BIRO PENGURUSAN KEMARAHAN DIWUJUDKAN DIMALAYSIA?

Thursday 4 March 2010

kalau dah gila game, kahwin pun dengan karektor game, ada akai ka?

aku jumpe artikel ni kat web mana ntah, tapi aku tetap nak share dengan kawan kawan yang belum pernah baca lagi,Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi �Love Plus�.
Mereka berkahwin beberapa bulan lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.
SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi �otaku,� gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.
Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai �isteri saya.�
�Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin,� kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.kalau korang tak percaya korang boleh ke you tube atas title

First-ever marriage between man and videogame character in Japan: Nintendo DS "Love Plus"


detective conan;tulah kalau dah terlebih maju.sampai berkahwin pun dah tak boleh nak pikir. ni dah tahap gila meraban dah ni.

Tuesday 2 March 2010

kisah budak 4 tahun dan girls next door;

AHAD,Kuala lumpur,
seorang kanak kanak  yang berusia 4 tahun,telah menerima 1 surat, yang dikelaskan ibunya sebagai SURAT CHIENTA,warkah yang ditulis tangan itu mengunakan dakwat pen biru itu dijumpai terselit atau diselitkan dibahagian tengah pagar diperkarangan rumah kanak kanak tersebut,
dipercayaai penulis dan penyampai surat itu disyaki 2 orang kanak kanak perempuan yang lebih tua daripada beliau, hasil dari kajiselidik ibunya dan nenek kanak kanak tersebut, surat itu telah dihantar oleh salah sebuah rumah dikawasan kediaman beliau,
tapi  apa yang malang nya,kanak kanak itu yang mahu dikenali sebagai FARISH AMMAR masih belum celik ilmu dan masih bergantung dengan ibunya untuk memakai pampers serta tidak tahu membaca apa ntah lagi untuk menulis telah mendesak ibunya untuk membaca dan mengirimkan semula.
berikut akan hal itu, ibunya telah memaklumkan kepada ayah kanak kanak lelaki itu untuk susulan .
perkara ini masih lagi dalam siasatan untuk memudahkan lagi proses lanjutan



Detective Conan;aku masa umur sebaya die, tak tahu mende, hebat betul budak zaman sekarang ni, ANAK AYAH BETUL LA...... HA HA HA. disini aku terfikir, betul kata seorang coach yang aku hadir dalam seminar beliau, generasi Z,  generasi yang kita perlu diberi perhatian, mungkin dilain masa akan aku terang kan setiap generasi yang aku belajar tu.