Saturday 13 March 2010

MAYAT Albert Einstein tunggu otak die sampai 4 dekat, sukarnya jadi genius?



Albert Einstein manusia genius yang dikagumi bukan sahaja kepintaran dan kehebatan ilmu fiziknya, bila dia mati seorang doktor yang bernama Dr. Thomas Stoltz Harvey  menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian Pada tahun 1998, Harvey  telah pun memulangkan semula otak berkenaan kepada ahli patologi Princeton sebelum beliau meninggal dunia. kisah ni aku terbaca diruangan di berita kosmo,

 







 Detective Conan; aku pun tak tahu nak label ape kebende la doktor tu, cerdik ke bodoh, sampai otak orang mati pun die nak kaji.peram sampai 40 tahun pulak tu,tu lah kebijaksanaan manusia barat,

Saturday 6 March 2010

masyarakat malaysia mental? bahaya ni..


masyarakat malaysia mental...? Betul. kebanyakan daripada tidak menyedari bahawa mereka mengalami ganguan mental psikologi. gangguan ini terdiri daripada tekanan perasaan dalaman yang melibatkan kecenderungan melakukan perbuatan tanpa disedari.
 bukan sahaja perkara ini berlaku di malaysia, malah negara maju sekali pun mengalami isu serupa malah ada di peringkat tertinggi lagi. salah satu gangguan mental ini yang ingin dikupaskan ialah  kemarahan terlampau,
  definasi kemarahan terlampau aku ialah satu perasaan marah yang berganda. serta sukar untuk mengawal atau dikawal dan tidak berfikir secara logik untuk membuat keputusan/ tindakan disebabkan otak kanan lebih dominasi untuk mengawal sesuatu keadaan,.memberi kesan yang negatif kepada mangsa dan individu itu sendiri.kebanyakan mangsa mereka terdiri daripada kaum yang lemah, lebih lebih lagi kaum wanita dan kanak kanak.
banyak kisah atau contoh yang patut kita tauladan kan. 2,3 minggu kebelakang ini masyarakat malaysia digemparkan dengan kematian 2 orang kanak kanak  yang didera sehingga maut, satu kes seorang kanak kanak perempuan maut disepak dan seorang kanak kanak maut juga akibat dipijak, manakala kaum wanita ditembak dan ditikam sehingga mati oleh pasangan mereka, kisah amah didera dan mendera tak payah cakap la, semua itu berpunca dengan tindakan luar kawalan atau kemarahan terlampau yang disebabkan oleh tekanan perasaan / stress
 Hasil kajian aku bersama  beberapa individu yang kurang Inteleks nya sama seperti aku, berpendapat bahawa punca kemarahan terlampau itu meletus apabila seseorang itu dibawah tekanan yang tidak dapat dibendung, disebabkan tekanan pelbagai sudut, contohnya,dalam keaadaan semasa individu, atau peristiwa lepas yang boleh membangkitkan perasaan marah,
Aku ingin berkongsi pengalamam aku ketika aku hampir keperingkat kemarahan terlampau. yang aku kategorikan fasa 1. Dimana aku juga hampir mencederakan anak sulung aku yang menganggu aku ketika aku dibawah pengaruh tekanan ditempat kerja ditambah pula kesesakan lalu lintas kuala lumpur selepas hujan turun. Setiba aku menjejaki kaki dirumah anak sulung aku sedang berlari lari sambil menconteng kan dinding dengan pen marker. ditambah pula anak kedua aku yang tidak berhenti menangis kerana mungkin perut kembung  telah mencenderungkan aku berubah sikap lembut aku terhadap anak anak aku kepada watak yang lebih bengis,Hampir hampir sahaja aku ingin menyepak anak aku sekuat hati, mujurIsteri dan Ibu aku pandai mengawal keadaan. Ketika itu aku labelkan diri aku self disorder mental, Dimana aku gagal untuk mempertimbangkan secara logik baik buruk sesuatu tindakan itu. Yang boleh mengakibatkan perkara buruk terhadap orang yang aku sayangkan.Perkara itu benar benar terjadi dan akan aku pastikan peristiwa buruk itu tidak akan terjadi dimasa hadapan.
Kesimpulan dari pengalaman aku itu, bahawa kemarahan terlampau itu adalah penyakit mental, Dimana jika tidak dirawat dengan segera mungkin akan mencenderungkan individu itu kepada perkara buruk yang melibatkan orang terdekat atau individu itu sendiri.sejak peristiwa itu, Aku tidak lagi tergesa gesa pulang kerumah jika aku dibawah pengaruh tekanan perasaan ditempat kerja,Aku ceriakan diri aku dengan bersosial ringan dengan rakan setugas.sebab bila kita dalam mood tenang atau ceria,kita takkan mudah marah. dan aku sesuai sekali dengan langkah tersebut, Bagaimana dengan korang?????





Detective Conan;
1 tips aku nak  berkongsi bersama,cuba cium aroma cokelat dikala pagi, atau aroma milo panas sejurus bangun pagi, orang tetua mat salleh cakap,bauan koko boleh menceriakan kita sepanjang hari, dimana otak kita mengeluarkan cecair kegembiraan diotak sebelah kanan yang mengawal segala bentuk emosi, betul ke, try lahhhhh. AKU TENGAH BUAT SURVEY, PERLUKAH BIRO PENGURUSAN KEMARAHAN DIWUJUDKAN DIMALAYSIA?

Thursday 4 March 2010

kalau dah gila game, kahwin pun dengan karektor game, ada akai ka?

aku jumpe artikel ni kat web mana ntah, tapi aku tetap nak share dengan kawan kawan yang belum pernah baca lagi,Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi �Love Plus�.
Mereka berkahwin beberapa bulan lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.
SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi �otaku,� gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.
Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai �isteri saya.�
�Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin,� kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.kalau korang tak percaya korang boleh ke you tube atas title

First-ever marriage between man and videogame character in Japan: Nintendo DS "Love Plus"


detective conan;tulah kalau dah terlebih maju.sampai berkahwin pun dah tak boleh nak pikir. ni dah tahap gila meraban dah ni.

Tuesday 2 March 2010

kisah budak 4 tahun dan girls next door;

AHAD,Kuala lumpur,
seorang kanak kanak  yang berusia 4 tahun,telah menerima 1 surat, yang dikelaskan ibunya sebagai SURAT CHIENTA,warkah yang ditulis tangan itu mengunakan dakwat pen biru itu dijumpai terselit atau diselitkan dibahagian tengah pagar diperkarangan rumah kanak kanak tersebut,
dipercayaai penulis dan penyampai surat itu disyaki 2 orang kanak kanak perempuan yang lebih tua daripada beliau, hasil dari kajiselidik ibunya dan nenek kanak kanak tersebut, surat itu telah dihantar oleh salah sebuah rumah dikawasan kediaman beliau,
tapi  apa yang malang nya,kanak kanak itu yang mahu dikenali sebagai FARISH AMMAR masih belum celik ilmu dan masih bergantung dengan ibunya untuk memakai pampers serta tidak tahu membaca apa ntah lagi untuk menulis telah mendesak ibunya untuk membaca dan mengirimkan semula.
berikut akan hal itu, ibunya telah memaklumkan kepada ayah kanak kanak lelaki itu untuk susulan .
perkara ini masih lagi dalam siasatan untuk memudahkan lagi proses lanjutan



Detective Conan;aku masa umur sebaya die, tak tahu mende, hebat betul budak zaman sekarang ni, ANAK AYAH BETUL LA...... HA HA HA. disini aku terfikir, betul kata seorang coach yang aku hadir dalam seminar beliau, generasi Z,  generasi yang kita perlu diberi perhatian, mungkin dilain masa akan aku terang kan setiap generasi yang aku belajar tu.

Sunday 28 February 2010

misha omar dikaitkan dengan gigi jongang?

 Lagi pasal jongang sumbat sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar,(kosmo 1 march 10, aku tak kata tau yang misha omar tu jongang... )  Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.
Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.
“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.
Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.
“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.
“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.
Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.
Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).kosmo 1 march 10, aku tak kata tau yang misha omar tu jongang... 


detective conan; so para ibu bapa yang taknak anak anak mereka bergigi jongang, jangan sumbat puting..nanti kene ejek ngan kawan diorang bile besar nanti.

anak perempuan makcik ni dulu.............

"Anak perempuan makcik ni, dulu belajar kat luar negara,dan kini kerje kat syarikat besar,engineer..., so kami kene mintaklah wang hantaran sebanyak 15  hebu"
itu lah kata kata yang terpacul keluar dari seorang makcik kepada rombongan keluarga yang datang untuk merisik, kesemua nya terkedu.
bukan dek sebab belanja yang tinggi tu, tapi dek kerana taraf pendidikan anak mereka, maklum la anak lelaki keluarga tu cuma belajar sampai degre kat universiti tempatan je. mana ade class kot. pun bekerja sebagai it engineer kat salah sebuah universiti tempatan.
keluarga lelaki tu bercerita kat aku tentang akan hal itu, bukan ape, bukan hal wang hantaran tu, tapi kenape pula level pendidikan menjadi tanda aras untuk meletakkan wang hantaran tinggi tu, cukup dengan beralaskan perbelanjaan untuk menguruskan majlis perkahwinan sekarang ni sudah meningkat dari segi cost.itu pun sudah cukup.
kenapa harus bersandarkan taraf pendidikan, dimana anak mereka melanjutkan pelajaran.? dan adakah dengan berpelajaran tinggi diluar negara dapat menjamin  rumah tangga yang bahagia?



detective conan;
kisah ini benar berlaku nama dan tempat tidak disiarkan atas alasan aku taknak kene saman.Nasib baik ayah mertua aku tidak meletakkan harga yang tinggi masa rombongan mak limah keluarga aku datang bertandang, kot mungkin bini aku cuma ada degre dan berpendidikan di universiti tempatan je kot.., tapi mungkin tidak!sebab bapak mertua aku tu sporting la.

bayi maut berpunca dari pergaduhan doktor?negara kita pula sepak budak?


haiyoo yoyo.. macam macam suda berlaku kat dunia sekarang . DI SAO PAULO: Seorang bayi meninggal dunia sejurus dilahirkan selepas dua doktor bergaduh ketika si ibu sedang sakit hendak bersalin, kata pihak berkuasa yang menegaskan mereka kini menyiasat sama ada perkelahian itu menjadi penyebab atau punca kematiannya.
kedua-dua doktor terbabit sudah dipecat oleh sebuah hospital awam di bandar berhampiran sempadan Paraguay itu.
Punca pergaduhan itu disebabkan salah seorang doktor berkenaan marah apabila diarah menyambut kelahiran bayi kepada Gislaine de Matos Rodrigues, 32, walaupun dia tidak bertugas,
Stesen televisyen  mendakwa bayi berkenaan meninggal selepas sesak nafas akibat komplikasi.
 doktor ketiga mengambil alih tugas selepas pengawal keselamatan hospital membawa keluar kedua-dua doktor yang bergaduh. itu hal di luar negara
Didalam negara pula, kuala kubu bharu, kisah menyayat hati, seorang kanak kanak yang berusia 3 ke 4 tahun maut akibat disepak oleh teman lelaki ibu nya.dia hengat bola ke budak tu,?sikap panas baran nya itu membawa padah , , aku kesal dengan sikap yang tidak berperikemanusian nya itu, jiwa aku tersentap bila membaca berita itu, kanak kanak malang itu sebaya dengan anak sulung ku..usia sebegitu sepatutnya kita penuhkan dengan perkara yang mengembirakan bukan menganiaya mereka.zaman mereka untuk merentasi akal pemikiran mereka, memang adakala perkara mereka lakukan itu menyakitkan hati  dan membuat api kemarahan keatas penjaga mereka, sebagai orang dewasa kita tidak seharusnya mengambil jalan singkat. bah kan berikan didikan dan tunjuk ajar kepada mereka



detective conan;adakah patut ibubapa sepatutnya diberikan pendidikan bagaimana hendak mengasuh anak anak kecil mereka dahulu kah?aku harap peristiwa di sao paulo tidak berlaku di negara kita.

Saturday 27 February 2010

Thursday 25 February 2010

jutawan sms dan 2 orang guru, kesahnya.....

Keupayaan beliau mengaut keuntungan dengan begitu segera amat mengkagum kan aku,dari segi intelek dan sistem pemasaran yang diusahakan, beliau berupaya mencetuskan satu fenomena urusniaga berbentuk sistem pesanan ringkas, yang aku rasa boleh dimajukan atau diusahakan dan dibangunkan jika diambil secara positif.,
tapi sayang dan kesal dengan tindakan nya, produk yang diusahakan nya , memasarkan iklan SMS berbaur seks  dan klip video lucah dijual secara meluas sejak setahun lalu.boleh mengugat kestabilan Negara dengan mengalakkan kecenderungan pada gejala gejala yang tidak bermoral seperti berzina dan membuat maksiat yang membolehkan intitusi keluarga pecah belah,
Jutawan sms yang kini sedang ditahan untuk disoal siasat, memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang baru ditempah. HEBAT......

bagaimana pun Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,kejayaan terbaru polis itu telah membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat.

 itu kisah tokeh sms,, Yang ni pula kisah 2 orang guru dKuantan yang terkejut disebabkan SMS.selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank menyatakan mereka menerima wang RM7.5 trilion dimasukkan dalam akaun masing-masing, Lebih membimbangkan, kebetulan mereka menerima gaji pada hari itu dan kesilapan itu akan memungkinkan wang gaji tidak dapat dikeluarkan ,Seorang pegawai bank dihubungi mengaku kesilapan teknikal berikutan sistem perkomputeran bank itu dinaik taraf dan mengakibatkan kesilapan jumlah wang dihantar kepada penyimpan akaun.
kesilapan SMS ini tidak menjejaskan wang gaji mereka. Jika tidak, sudah tentu keadaan semakin buruk memandangkan mereka memerlukan wang ini untuk kegunaan harian selain membayar bil dan ansuran.
Pihak bank berkenaan mengakui kesilapan mereka dan sekali lagi menghantar SMS kira-kira jam 4.30 petang memohon maaf, selain mengembalikan semula caj 30 sen bagi SMS yang mereka terima sebelumnya



Detective Conan ;aku pula masih mengirim text kat rakan aku,BILE HUTANG AKU, KO NAK LANGSAI???

Official Google Reader Blog: May we recommend...

Official Google Reader Blog: May we recommend...

Wednesday 24 February 2010

PENJELASAN UNTUK PRISIP RUKUN NEGARA - prinsip pertama dalam rukun negara


KUALA LUMPUR: “Rencana ditulis itu boleh menimbulkan keresahan, perpecahan, kekeliruan, kebencian dan sakit hati antara agama serta kaum di negara ini,” kata seorang ahli perniagaan, Junaidi Said, 50, ketika membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung penyiaran satu artikel ditulis pengarang urusannya, Jumaat lalu yang dianggap menghina agama Islam.

Beliau yang turut ditemani tujuh rakannya yang menggelarkan diri mereka ‘Rakyat Islam Prihatin’ membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields di sini kira-kira jam 12 tengah semalam dan selesai 45 minit kemudian. Menurutnya, pendapat penulis bahawa pesalah zina tidak boleh dihukum sebat atau penjara kerana dianggap kejam seperti dalam artikelnya jelas tidak bertanggungjawab dan ia dianggap satu penghinaan kepada agama Islam selain dilihat mempersendakan hukum al-Quran berkaitan zina
 rencana ini sengaja aku copy dari keratan akhbar harian metro, sebab aku pun risau nak masuk campur isu berat ni,karang dituduh sebagai penghasut pula, tapi ini bukan maksud aku, cuma sekarang ni aku lihat seumpama rakyat malaysia sudah lupa janji mereka pada negara iaitu.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
 
PENJELASAN UNTUK PRISIP RUKUN NEGARA - prinsip pertama dalam rukun negara.
 
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara

Tuesday 23 February 2010

Orang melayu dikatakan BEBAL bila...

I enjoy driving dikala morning and evening in the festive season kolumpo kat sebegini.tidak helter skelter to go and return from work, not strong oil expenses, toll not difficult to use, mood because I am mad hepy presure kene ngan jam.tapi traffic matters membosan kan.bos I have come early like me, but next week? patience I tested again, hadap aje la ....
 hahahaha....ini adalah percubaan aku kat penterjamahan ayat dalam bentuk bahasa ingerris kat google, ngeri bile aku bace balik. so jangan ada diantara pembaca kata aku bebal pulak nanti. sebab.....
gelaran itu diberikan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.Sebagai orang paling lantang menyuarakan pandangannya, Hassan menggunakan istilah bebal terhadap pemimpin Melayu dan orang Melayu yang meminggirkan bahasa sendiri.
“Bahasa Melayu tidak seharusnya bergelut dalam usaha untuk memartabat, memperkasa atau memperjuangkannya ketika ini kerana ia sudah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968, Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pelajaran 1996
 Tapi tidak dari pandangan mata kasar aku,  aku pula berbeza,  masyarakat Melayu bukan meminggirkan bahasa Ibunda mereka, akan tetapi desakan globalisasi menyebabkan hal ini berlaku, contoh  macam aku yang kekurangan pengetahuan tentang pengunaan bahasa lain contohnya bahasa ingerris, aku terasa tersisih  bila para penjawat ditempat kerja aku berkomunikasi dalam bahasa international dimana aku masih lagi merangkak untuk memahami atau berkomunikasi dengan mereka,peluang untuk kenaikan pangkat tipis .lebih lebih lagi pekerja swasta macam aku. Mungkin juga berlaku pada para pemimipin Melayu dan orang Melayu... mungkin? ye... mungkin !!!!,tengok  JUGAK la apa majlis diorang masuk!!!



detective conan;yelah bak kata pepatah melayu, bila masuk kandang rimau, rimau mengaum, kite kene la mengaum sekali, bile masuk kandang kambing, KAMBING TAK MANDI, KORANG JANGAN PULA TAK MANDI... fikirkan pepatah aku  tu ,kenapa dan mengapa?

Monday 22 February 2010

kalau ade rm170,000, mercedes benz ke kawin ngan wanita indonesia? mane best?

kalau aku, aku pilih beli mercedes la, dari kahwin.sebab   Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya.
   atas alasan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan, dalam pemahaman aku, wajarkah?
tapi bagaimana pula pihak lelaki  warga indonesia yang ingin berkahwin dengan rakyat asing?
   Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing.Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri , adilkah?
aku taknak campur tangan akan hal negara diorang tu, tapi aku masih lagi terpikir, jika perkara ni berlaku di malaysia, gamaknya ramai la mak ayah wanita  berkeinginan bermenantukan rakyat asing.,so kepada warga malaysia jangan korang mimpi la nak kawen ngan rakyat indonesia, kawen je lah masyarakat kite je.
,tu pasal aku pilih beli mercedes, boleh gak ayat mane mane anak orang kaya,mane tahu, untung gula manis, untung keladi?gatai.........la

Ada nggak ada,
yang penting kita tertawa
Ada nggak ada,
yang penting kita gembira
Sekarang miskin,
siapa tau besok kaya
Sekarang bokek,
Siapa tau besok tokek... eh beruang
Roda... kan berputar
Kadang di bawah, kadang di ata
Suka nggak suka,
Enaknya sukain saja
Enak nggak enak,
Enaknya enakin saja
Jangan mikirin
Tanggal muda tanggal tua
Yang penting masih
Bisa ngutang tetangga
Biar makan nasi pera
Kalau ngumpul aduh enaknya
(Aduh enaknya)
Dibuat gampang
Hidup ini bisa gampang
Dibuat susa
Hidup ini bisa susah
Yang penting kita suka
Kue sera-sera
Kue satu, di bagi rata

detective conan; dari ape yang aku sekodeng, ade baiknye dan ade buruk, jika law tu ade kat malaysia banyak lagi keburukan yang aku nampak jika dilihat dari mata kasar aku lah, khususnya kaum lelaki.
  fikirkan lah...

korang sedar atau tidak bahawa malaysia sekarang ni

    mengalami cuaca panas. Kenapa ya akhir-akhir ini perubahan cuaca tidak menentu sering terjadi, terutama bagi masyarakat yang dibandar kuala lumpur.apa ntah  lagi kalau di utara tanah air pasti lebih panas. Pagi hingga siang, matahari bersinar terik,
  di sini aku sertakan beberapa cara atau Tips yang dapat korang boleh lakukan lakukan agar tetap sejuk di saat udara sangat panas, dengan :
-Pertama
yang dilakukan, minumlah air putih secara normal minimal 6-8 atau lebih untuk menghindar dari hidrasi akibat terik matahari.
kedua
Ketika cuaca terik maka disarankan supaya berada ditempat yang teduh agar menghindari bahang matahari secara langsung. Bila memungkinkan carilah ruangan teduh berudara kemudian take a break
ketiga
Rencanakan kegiatan luar dengan baik tentu akan membantu. Jika memungkinkan diusahakan ber-agenda pada  waktu pagi hari kerana cuaca saat itu relatif sejuk.
keempat
Hal terpenting, berikan waktu bagi tubuh beristirehat dan bertenang. Panas udara tentu akan menggangu metabolisme tubuh. Biarkan tubuh beradaptasi secara cepat terhadap perubahan cuaca. Untuk itu, cuba beri waktu secukupnya bagi tubuh untuk istirehat sejenak.
kelima
Jangan lupa makan makanan yang ringan dan hindari makanan berat. makanan ringan akan membantu tubuh mencerna makanan dengan baik.Hindari makanan berlemak tinggi kerana disaat panas matahari tubuh akan mengalami pemanasan.
keenam
Kenakan pakaian dengan warna terang atau putih, hal ini tentu membantu memantulkan cahaya matahari. Kemudian pakailah payung atau topi guna menghindari sentuhan langsung cahaya matahari dengan kulit kepala. amat disaran kan, Kerana  terik matahari biasanya akan mengakibatkan rasa pening dan letih seta lesu pada tubuh..



detective conan ;yang masih dalam percintaan suruh pasangan anda senyum selalu, berikutan senyuman pasangan anda akan menyebabkan perasaan sejuk timbul didalam jiwa mengakibatkan terik matahari tidak terasa walau pun di kala tengahari( yang ketujuh ni ntah betul atau tidak, aku kurang pasti, korang test dulu, kalau betul kasi tau sama aku.)

Sunday 21 February 2010

teddy BEAR, kene BEDAL, kasi malu sama kaum LELAKI je.

gelihati aku tika aku membaca salah satu ruangan setempat (metro) hari ni. ada seorang mamat kene bedal dek sebab mintak balik  TEDDY BEAR kat awek die,  patut ke? tidak patut. macam bebudak je perangai die, lain la kalau kete ke, beskal ke, ni teddy bear pun nak mintak balik ke?  aku paste kan berita tu untuk korang bace, nilai kan lah, ape punye punye mamat kaldai la.

Hanya kerana meminta semula patung ‘teddy bear’ yang pernah dihadiahkan kepada bekas teman wanitanya, seorang lelaki dibelasah malah tingkap rumah serta keretanya turut dipecahkan kenalan wanita terbabit semalam.

Kejadian berlaku di Kemansur di sini, kira-kira jam 2.20 pagi ketika mangsa berusia 20-an hendak pulang ke rumah selepas minum bersama dua rakannya. Difahamkan, mangsa yang memutuskan hubungan dengan bekas teman wanitanya itu hampir sebulan lalu meminta semula patung berkenaan yang pernah dihadiahkan kepada wanita terbabit. Bagaimanapun, tindakan mangsa menimbulkan kemarahan kenalan wanita terbabit sebelum menahan mangsa. Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata berlaku pertengkaran antara mangsa dan lelaki berkenaan menyebabkan dua rakan mangsa cuba campur tangan. “Tiba-tiba datang 20 lelaki mengepung mereka menyebabkan rakan mangsa tidak berani masuk campur manakala mangsa dipukul lelaki berkenaan. “Akhirnya mangsa bersama rakannya berjaya melarikan diri,” katanya. Beliau berkata, suspek mencari mangsa di rumahnya sebelum merosakkan kereta serta memecahkan tingkap rumah. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. “Lima lelaki berusia awal 20-an ditangkap di tempat berasingan bagi membantu siasatan

  detective conan;  aku mintak maaf dulu, sebenar nya aku tak simpati langsung kat mamat yang kene bedal tu.kalau ko nak bercinta, bercinta saja la, dah kasi hadiah jangan la ko mintak balik, kan buruk tu name nye, orang kampung ko pasti dah blacklist ko sampai tue la jawabnya, buat malu kaum je,
kompom mase ko nak pinang bebudak kampung ko ke, kampung sebelah ke, kompom kene reject nyer.

Saturday 20 February 2010

kajang PAK MALAU dan lambakan WARGA asing

  LAMBAKAN WARGA ASING,di ibukota khusus di KLCC pada musim perayaan, mencetus satu polemik hangat yang sedang diperkatakan. Rata Rata masyarakat  Malaysia kurang senang dengan kebanjiran warga asing yang menempel  atau bersidai di perkarangan KLCC dan kawasan sama waktu dengan nya,
  bagi pendapat aku pula berbeza, biarkan lah sesekali mereka beriadah. bersosial bersama teman, sesekali juga kita harus berfikiran terbuka. tapi mungkin  ada segelintir warga asing yang  tidak tahu  budaya atau cara bersosial masyarakat malaysia menyebabkan masyarakat kita kurang senang dengan sikap atau cara mereka beriadah, yang mungkin boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk terhadap mereka.
  Soal lambakan itu sebenar isu lama, pelbagai mekanisma dan mikronisma telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung dari menular, apa yang dikesalkan masyarakat kita hanya pandai menunding jari semata mata kepada institusi atau badan kerajaan sahaja.Tanpa kerjasama dari masyarakat kita sendiri perkara itu tidak dapat dibendung.
    seumpama PAK MALAU dalam cerita seri mersing lagaknya masyarakat kita hari ini senang sahaja membidas tentang warga asing di Kuala Lumpur, Mereka hanya menumpang tuah Negara kita, hanya Anak Watan kita masih belum sedar tentang betapa bertuahnya mereka dilahirkan di Malaysia,dengan memilih kerja, pendapatan bulanan yang banyak atau tidak sanggup untuk bekerja seperti warga asing adalah Ibu segala PUNCA  kedatangan  dan kebanjiran warga asing.
  Maafkan aku jika halaman ini membangkit kan rasa marah pada rakyat Malaysia, Hasil dari kejiranan dan persekitaran tempat aku bekerja yang membuat aku berfikir sebegitu, Anak Watan kita sanggup menggangur dari bekerja sebagai tukang sapu sampah, apa entah lagi untuk memanjat bangunan  sambil membawa simen untuk menyiapkan sesebuah bangunan. aku pun tak sanggup


detective conan: Aku masih lagi warga negara Malaysia ,yang menghormati Bangsa aku sendiri dan pelbagai Bangsa didalam negara  MALAYSIA, aku berbangga menjadi rakyat Malaysia dan kini betapa aku rasa bertuah menjadi sebahagian yang menyalurkan sumbangan terhadap negara ku sendiri, aku sanggup mati kerana mu  MALAYSIA.. andai aku terkasar, menguris hati dengan artikel ini aku minta maaf, tapi itu adalah kenyataan


Thursday 18 February 2010

DiPenJara 75 hari gara- gara FACEBOOK

   lagi fasal FACEBOOK, berita dari luar negara sisipan dari THE STAR, khamis 18 feb, muka surat W23.
seorang remaja perempuan disabit bersalah dan dihukum penjara 75 hari, gara gara entry yang beliau post dihalaman FACEBOOK berunsur menghina dan mengaibkan rakan nya yang juga remaja berikutan hal hal dalaman mereka. berita lanjut sila dapat kan di akhbar the star,
  ada 2,3 kes yang aku dengar sepanjang minggu ini berkaitan halaman sosial tersebut, aku bukan nak menceritakan hal hal mereka, cuma sedikit pendapat dan ingin mendapatkan pandangan dari seluruh rakan networking, berkenaan hala tuju saluran jaringan yang sedang rancak atas muka bumi sekarang.
   bagi aku, tidak salahnya kita untuk meletakan setiap patah kata di halaman berkenaan, tidak kira dimana mana networking, cuma kita perlu peka keadaan sekeliling, perasaan orang lain, umum nya masyarakat GLOBAL. mungkin setiap patah kita boleh menyebabkan konflik antara 2 pihak,, cuma perlu fikir bahawa  wajarkah  setiap patah kata  untuk disiarkan  tidak menyebabkan perkara buruk berlaku.
  bukan apa, kadang kadang maksud kita yang kita fikir kan bersifat besahaja mungkin disalah erti oleh pihak lain..atau mungkin disalah gunakan untuk kegunaan tertentu. Yang boleh menyebabkan ketengangan atau konflik,.FIKIRKAN SEBELUM MENANGUNG AKIBAT


DETECTIVE CONAN;aku pun  fikir 2,3 kali untuk siarkan artikel ini. kot kot mane tahu niat baik aku disalah guna kan.aku cume ingin berkongsi pendapat dan inginkan pandangan dari rakan rakan network yang lain, agar aku tidak terjerumus dimasa mendatang.

Wednesday 17 February 2010

jongang cetus GADUH, bahaya ni..

  JONGANG
definasi jongang bagi mata kasar aku dan aku selidik kat web. Ialah barisan gigi yang tertonjol keluar atau kata saintifik nya ALVEOLAR PROGNATISM. Berbalik pada isu aku tadi, aku kesal dengan sesetengah pihak dan penulis lirik lagu HALIMAH JONGANG.  Maaf dari aku terdahulu, cuma dari kotak pemikiran ku sahaja. aku beranggapan lagu itu seperti memperlekehkan masyarakat bergigi jongang
  Ada satu insiden di kawasan perumahan aku dahulu.Cetusan lagu  HALIMAH JONGANG punca pergaduhan. Apa yang aku kesalkan pergaduhan itu melibatkan campur tangan 2 keluarga. Berpunca dari salah seorang anak jiran tertangga yang  mengejek rakan nya dengan menyanyikan lagu HALIMAH JONGANG, kerana  ibu rakan nya  bergigi JONGANG.
  hasil dari mengejek rakan nya itu, beliau terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala, akibat objek keras singgah di kepala beliau, hadiah dari rakan sebaya yang diejeknya itu, perkara ini menimbulkan spekulasi dari keluarga tersebut lantas menuntut bela. Cetusan pergaduhan version keluarga terjadi disebabkan ejekan itu. selepas insiden itu, aku langsung tidak berminat lagi dengan cerita HALIMAH JONGANG, Apa entah lagi untuk mendengar lagu HALIMAH JONGANG, hasil nyayian Edie Hamid

Halimah Jongang - Eddie Hamid ( lagu yang dituduh punca gaduh )

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki
Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri
Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi
Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu
Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang                                            {part punca gaduh.}
Ha... ha... Halimah jongang
Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

aku rasa, penerbit cerita tu kene tukar lagu lain lah, ade juga beberapa individu turut tidak bersetuju dengan lagu tu.cume kengkadang aku gelak jugak dengar lagu tu, tapi aku simpati pada kawan aku, bile lagu tu berkumandang, dia hanya diam membisu.....

                                                   




Tuesday 16 February 2010

purak purak sawan babi.... rupa rupa nya

valentine day
niat hendak memadu kan asmara bertukar menjadi mimpi ngeri,kepada pasangan yang diserbu ole jabatan agama islam pahang baru baru ini.
pasangan lelaki itu yang menjawat  sebagai kakitangan keselamatan negara yang telah pun berumah tangga diberkas bersama pasangan wanita. Juga turut mempunyai suami dan cahaya mata.
dalam kejadian itu pasangan lelaki itu berpurak purak pengsan setelan sawan babi menyerang sewaktu diberkas, manakala pasangan wanita nya pula berselindung di bawah katil..
aku taknak cerita pasal kes tu.. tapi ape kan jadi dengan nasib mereka selepas ini. itu yang aku tengah fikir kan, adakah pasangan sah mereka sanggup menerima meraka kembali atau...sebaliknya. patutkah mereka diberi peluang kedua.

Nash( lagu ni power beb)

Pada Syurga Di Wajah Mu
Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia
Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara
Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa
Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia
Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya
Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar
Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa
Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda
Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar
Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama
Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti...





detective conan: aku bukan nak memperlekeh kan atau nak memtertawakan mereka, simpati tetap ada, walau pun mereka bersalah,cume aku nak buat kan isu mereka untuk jadi iktibar pada aku pada masa mendatang, kerana aku hampir juga mencetus kan revolusi rumah tangga aku dulu. pedih bebbbbb

facebook melekakan? betul ke?

   aku kurang setuju dengan kenyataan proff dari UPM tu. bagi aku kenyataan tu dibuat secara rambang tanpa ade keperincian maklumat.
  dari mata aku, facebook tidak seharusnya di persalahkan secara menyeluruh. ini disebabkan implikasi networking itu sememangnya menyedia sedemikian. malah,pendapat aku pula rangkaian tersebut secara tidak langsung memberi infomarsi. ilmu pengetahuan dan kemudahan sambungan rakan berikutan web itu berpengaruh besar dan di minati ramai.
  Yang harus dipersalahkan dalam hal ini, ialah sikap individu itu sendiri, dimana mereka terlalu leka dengan terjebak atau terlalu taksub dengan melayari permainan virtual yang disediakanyang rata rata tidak memberi keuntungan atau faedah, sebaliknya membuang masa.Contoh  yang diambil,sebilangan rakan rakan aku sanggup bersengkang mata semata mata untuk melihat hasil tanaman virtual mereka. sanggup melepaskan semua kerja disebabkan impilikasi virtual tersebut. Hal ini memang aku setuju, bahawa individu tersebut leka dek sebab perbuatan mereka sendiri
   Cuba kita bayangkan, jika tiada networking didalam dunia ni. contoh zaman 80-an,masyarakat malaysia umumnya, masih juga leka dengan networking mereka secara manual.seperti menempel kat warung warung(web) menonton t.v(info) berborak(chatting) bermain dam haji(game). kan juga melekakan ini kita panggil facetembookk.
   sebenarnya jika individu yang bijak membuat pilihan, Bijak mencari peluang di rangkaian  dinetworking tersebut. Ia boleh menghasilkan satu pekerjaan yang menguntungkan, satu contoh yang diambil, Rakan sekolah ku yang menganjurkan satu re-union untuk sekolah,hanya bermodalkan Facebook dan contact sambung rakan, beliau berupaya menjayakan re-union dan membawa hasil  begitu lumayan sekali, dengan begitu mudah,




detective conan: aku teringin nak jadi macam die,hanya kumpul kan rakan sekolah dalam 50-60 orang, buat re-union, cari port baik, charge extra 5-10 hengget... normally ramai yang datang nak show off kapel diorang. kan untung tu...kalau 100 orang didarab ngan 5 henget je  extra charge, diorang bukan tahu pun.. bak kate kawan aku tu. masyukkkkkkkkkkkkk keje mudah gilaaaaaaaaaaa