Thursday 4 March 2010

kalau dah gila game, kahwin pun dengan karektor game, ada akai ka?

aku jumpe artikel ni kat web mana ntah, tapi aku tetap nak share dengan kawan kawan yang belum pernah baca lagi,Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi �Love Plus�.
Mereka berkahwin beberapa bulan lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.
SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi �otaku,� gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.
Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai �isteri saya.�
�Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin,� kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.kalau korang tak percaya korang boleh ke you tube atas title

First-ever marriage between man and videogame character in Japan: Nintendo DS "Love Plus"


detective conan;tulah kalau dah terlebih maju.sampai berkahwin pun dah tak boleh nak pikir. ni dah tahap gila meraban dah ni.

No comments:

Post a Comment