Saturday, 6 March 2010

masyarakat malaysia mental? bahaya ni..


masyarakat malaysia mental...? Betul. kebanyakan daripada tidak menyedari bahawa mereka mengalami ganguan mental psikologi. gangguan ini terdiri daripada tekanan perasaan dalaman yang melibatkan kecenderungan melakukan perbuatan tanpa disedari.
 bukan sahaja perkara ini berlaku di malaysia, malah negara maju sekali pun mengalami isu serupa malah ada di peringkat tertinggi lagi. salah satu gangguan mental ini yang ingin dikupaskan ialah  kemarahan terlampau,
  definasi kemarahan terlampau aku ialah satu perasaan marah yang berganda. serta sukar untuk mengawal atau dikawal dan tidak berfikir secara logik untuk membuat keputusan/ tindakan disebabkan otak kanan lebih dominasi untuk mengawal sesuatu keadaan,.memberi kesan yang negatif kepada mangsa dan individu itu sendiri.kebanyakan mangsa mereka terdiri daripada kaum yang lemah, lebih lebih lagi kaum wanita dan kanak kanak.
banyak kisah atau contoh yang patut kita tauladan kan. 2,3 minggu kebelakang ini masyarakat malaysia digemparkan dengan kematian 2 orang kanak kanak  yang didera sehingga maut, satu kes seorang kanak kanak perempuan maut disepak dan seorang kanak kanak maut juga akibat dipijak, manakala kaum wanita ditembak dan ditikam sehingga mati oleh pasangan mereka, kisah amah didera dan mendera tak payah cakap la, semua itu berpunca dengan tindakan luar kawalan atau kemarahan terlampau yang disebabkan oleh tekanan perasaan / stress
 Hasil kajian aku bersama  beberapa individu yang kurang Inteleks nya sama seperti aku, berpendapat bahawa punca kemarahan terlampau itu meletus apabila seseorang itu dibawah tekanan yang tidak dapat dibendung, disebabkan tekanan pelbagai sudut, contohnya,dalam keaadaan semasa individu, atau peristiwa lepas yang boleh membangkitkan perasaan marah,
Aku ingin berkongsi pengalamam aku ketika aku hampir keperingkat kemarahan terlampau. yang aku kategorikan fasa 1. Dimana aku juga hampir mencederakan anak sulung aku yang menganggu aku ketika aku dibawah pengaruh tekanan ditempat kerja ditambah pula kesesakan lalu lintas kuala lumpur selepas hujan turun. Setiba aku menjejaki kaki dirumah anak sulung aku sedang berlari lari sambil menconteng kan dinding dengan pen marker. ditambah pula anak kedua aku yang tidak berhenti menangis kerana mungkin perut kembung  telah mencenderungkan aku berubah sikap lembut aku terhadap anak anak aku kepada watak yang lebih bengis,Hampir hampir sahaja aku ingin menyepak anak aku sekuat hati, mujurIsteri dan Ibu aku pandai mengawal keadaan. Ketika itu aku labelkan diri aku self disorder mental, Dimana aku gagal untuk mempertimbangkan secara logik baik buruk sesuatu tindakan itu. Yang boleh mengakibatkan perkara buruk terhadap orang yang aku sayangkan.Perkara itu benar benar terjadi dan akan aku pastikan peristiwa buruk itu tidak akan terjadi dimasa hadapan.
Kesimpulan dari pengalaman aku itu, bahawa kemarahan terlampau itu adalah penyakit mental, Dimana jika tidak dirawat dengan segera mungkin akan mencenderungkan individu itu kepada perkara buruk yang melibatkan orang terdekat atau individu itu sendiri.sejak peristiwa itu, Aku tidak lagi tergesa gesa pulang kerumah jika aku dibawah pengaruh tekanan perasaan ditempat kerja,Aku ceriakan diri aku dengan bersosial ringan dengan rakan setugas.sebab bila kita dalam mood tenang atau ceria,kita takkan mudah marah. dan aku sesuai sekali dengan langkah tersebut, Bagaimana dengan korang?????





Detective Conan;
1 tips aku nak  berkongsi bersama,cuba cium aroma cokelat dikala pagi, atau aroma milo panas sejurus bangun pagi, orang tetua mat salleh cakap,bauan koko boleh menceriakan kita sepanjang hari, dimana otak kita mengeluarkan cecair kegembiraan diotak sebelah kanan yang mengawal segala bentuk emosi, betul ke, try lahhhhh. AKU TENGAH BUAT SURVEY, PERLUKAH BIRO PENGURUSAN KEMARAHAN DIWUJUDKAN DIMALAYSIA?

2 comments:

  1. tidak perlu ujudkan biro kemarahan. its a mental things..kawal kemarahan dengan akal.itu lebih baik..

    dalam sebuah hadis
    orang yang berjaya adalah orang yang mengawal kemarahan nye..

    hey
    how are u?

    ReplyDelete
  2. dan orang sabar itu cool
    itu orang yang ada akal, tapi berakal la kanak kanak kene sepak sampai mati.
    kalau tidak perlu diwujudkan, aku rasa pihak media harus memainkan peranan untuk memberikan pendidikan kawal kemarahan.serta punca

    ReplyDelete