Sunday 28 February 2010

anak perempuan makcik ni dulu.............

"Anak perempuan makcik ni, dulu belajar kat luar negara,dan kini kerje kat syarikat besar,engineer..., so kami kene mintaklah wang hantaran sebanyak 15  hebu"
itu lah kata kata yang terpacul keluar dari seorang makcik kepada rombongan keluarga yang datang untuk merisik, kesemua nya terkedu.
bukan dek sebab belanja yang tinggi tu, tapi dek kerana taraf pendidikan anak mereka, maklum la anak lelaki keluarga tu cuma belajar sampai degre kat universiti tempatan je. mana ade class kot. pun bekerja sebagai it engineer kat salah sebuah universiti tempatan.
keluarga lelaki tu bercerita kat aku tentang akan hal itu, bukan ape, bukan hal wang hantaran tu, tapi kenape pula level pendidikan menjadi tanda aras untuk meletakkan wang hantaran tinggi tu, cukup dengan beralaskan perbelanjaan untuk menguruskan majlis perkahwinan sekarang ni sudah meningkat dari segi cost.itu pun sudah cukup.
kenapa harus bersandarkan taraf pendidikan, dimana anak mereka melanjutkan pelajaran.? dan adakah dengan berpelajaran tinggi diluar negara dapat menjamin  rumah tangga yang bahagia?



detective conan;
kisah ini benar berlaku nama dan tempat tidak disiarkan atas alasan aku taknak kene saman.Nasib baik ayah mertua aku tidak meletakkan harga yang tinggi masa rombongan mak limah keluarga aku datang bertandang, kot mungkin bini aku cuma ada degre dan berpendidikan di universiti tempatan je kot.., tapi mungkin tidak!sebab bapak mertua aku tu sporting la.

No comments:

Post a Comment