Sunday 21 February 2010

teddy BEAR, kene BEDAL, kasi malu sama kaum LELAKI je.

gelihati aku tika aku membaca salah satu ruangan setempat (metro) hari ni. ada seorang mamat kene bedal dek sebab mintak balik  TEDDY BEAR kat awek die,  patut ke? tidak patut. macam bebudak je perangai die, lain la kalau kete ke, beskal ke, ni teddy bear pun nak mintak balik ke?  aku paste kan berita tu untuk korang bace, nilai kan lah, ape punye punye mamat kaldai la.

Hanya kerana meminta semula patung ‘teddy bear’ yang pernah dihadiahkan kepada bekas teman wanitanya, seorang lelaki dibelasah malah tingkap rumah serta keretanya turut dipecahkan kenalan wanita terbabit semalam.

Kejadian berlaku di Kemansur di sini, kira-kira jam 2.20 pagi ketika mangsa berusia 20-an hendak pulang ke rumah selepas minum bersama dua rakannya. Difahamkan, mangsa yang memutuskan hubungan dengan bekas teman wanitanya itu hampir sebulan lalu meminta semula patung berkenaan yang pernah dihadiahkan kepada wanita terbabit. Bagaimanapun, tindakan mangsa menimbulkan kemarahan kenalan wanita terbabit sebelum menahan mangsa. Ketua Polis Daerah, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata berlaku pertengkaran antara mangsa dan lelaki berkenaan menyebabkan dua rakan mangsa cuba campur tangan. “Tiba-tiba datang 20 lelaki mengepung mereka menyebabkan rakan mangsa tidak berani masuk campur manakala mangsa dipukul lelaki berkenaan. “Akhirnya mangsa bersama rakannya berjaya melarikan diri,” katanya. Beliau berkata, suspek mencari mangsa di rumahnya sebelum merosakkan kereta serta memecahkan tingkap rumah. Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis. “Lima lelaki berusia awal 20-an ditangkap di tempat berasingan bagi membantu siasatan

  detective conan;  aku mintak maaf dulu, sebenar nya aku tak simpati langsung kat mamat yang kene bedal tu.kalau ko nak bercinta, bercinta saja la, dah kasi hadiah jangan la ko mintak balik, kan buruk tu name nye, orang kampung ko pasti dah blacklist ko sampai tue la jawabnya, buat malu kaum je,
kompom mase ko nak pinang bebudak kampung ko ke, kampung sebelah ke, kompom kene reject nyer.

1 comment:

  1. esok esok ko jgn mintak balik hati ko kat aku tau!!! hahhahhhaha

    ReplyDelete