Wednesday 17 February 2010

jongang cetus GADUH, bahaya ni..

  JONGANG
definasi jongang bagi mata kasar aku dan aku selidik kat web. Ialah barisan gigi yang tertonjol keluar atau kata saintifik nya ALVEOLAR PROGNATISM. Berbalik pada isu aku tadi, aku kesal dengan sesetengah pihak dan penulis lirik lagu HALIMAH JONGANG.  Maaf dari aku terdahulu, cuma dari kotak pemikiran ku sahaja. aku beranggapan lagu itu seperti memperlekehkan masyarakat bergigi jongang
  Ada satu insiden di kawasan perumahan aku dahulu.Cetusan lagu  HALIMAH JONGANG punca pergaduhan. Apa yang aku kesalkan pergaduhan itu melibatkan campur tangan 2 keluarga. Berpunca dari salah seorang anak jiran tertangga yang  mengejek rakan nya dengan menyanyikan lagu HALIMAH JONGANG, kerana  ibu rakan nya  bergigi JONGANG.
  hasil dari mengejek rakan nya itu, beliau terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala, akibat objek keras singgah di kepala beliau, hadiah dari rakan sebaya yang diejeknya itu, perkara ini menimbulkan spekulasi dari keluarga tersebut lantas menuntut bela. Cetusan pergaduhan version keluarga terjadi disebabkan ejekan itu. selepas insiden itu, aku langsung tidak berminat lagi dengan cerita HALIMAH JONGANG, Apa entah lagi untuk mendengar lagu HALIMAH JONGANG, hasil nyayian Edie Hamid

Halimah Jongang - Eddie Hamid ( lagu yang dituduh punca gaduh )

Berulang kali
Telah ku katakan
Diriku ini
Di waktu ini
Telah dimiliki
Tak usah lagi kau dekati
Tak mungkin aku jatuh cinta padamu
Usahlah engkau memaksa diri
Memuja diriku
Ku takut nanti
Kau gigit jari menangis sendiri
Janganlah engkau berangan-angan
Jadi buah hatiku
Walau dalam mimpi pun ku tidak sudi
Jangan jangan jangan ku digoda
Tengok bayangmu pun ku tak selera
Pergi pergilah cari yang lain
Jadi kekasihmu
Jangan jangan jangan ku dipaksa
Tengok mukamu pun aku tak suka
Jangan jangan jangan kau jadi perigi
Yang mencari timba
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang
Halimah jongang                                            {part punca gaduh.}
Ha... ha... Halimah jongang
Jongang jongang jongang
Kau halimah jongang
Jongang jongang jongang
Halimah gigi jongang

aku rasa, penerbit cerita tu kene tukar lagu lain lah, ade juga beberapa individu turut tidak bersetuju dengan lagu tu.cume kengkadang aku gelak jugak dengar lagu tu, tapi aku simpati pada kawan aku, bile lagu tu berkumandang, dia hanya diam membisu.....

                                                   




1 comment:

  1. aku tak pernah layan cerita ni walaupun orang dok gila tengok

    ReplyDelete