Wednesday 24 February 2010

PENJELASAN UNTUK PRISIP RUKUN NEGARA - prinsip pertama dalam rukun negara


KUALA LUMPUR: “Rencana ditulis itu boleh menimbulkan keresahan, perpecahan, kekeliruan, kebencian dan sakit hati antara agama serta kaum di negara ini,” kata seorang ahli perniagaan, Junaidi Said, 50, ketika membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung penyiaran satu artikel ditulis pengarang urusannya, Jumaat lalu yang dianggap menghina agama Islam.

Beliau yang turut ditemani tujuh rakannya yang menggelarkan diri mereka ‘Rakyat Islam Prihatin’ membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Brickfields di sini kira-kira jam 12 tengah semalam dan selesai 45 minit kemudian. Menurutnya, pendapat penulis bahawa pesalah zina tidak boleh dihukum sebat atau penjara kerana dianggap kejam seperti dalam artikelnya jelas tidak bertanggungjawab dan ia dianggap satu penghinaan kepada agama Islam selain dilihat mempersendakan hukum al-Quran berkaitan zina
 rencana ini sengaja aku copy dari keratan akhbar harian metro, sebab aku pun risau nak masuk campur isu berat ni,karang dituduh sebagai penghasut pula, tapi ini bukan maksud aku, cuma sekarang ni aku lihat seumpama rakyat malaysia sudah lupa janji mereka pada negara iaitu.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
 
PENJELASAN UNTUK PRISIP RUKUN NEGARA - prinsip pertama dalam rukun negara.
 
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara

No comments:

Post a Comment