Thursday 25 February 2010

jutawan sms dan 2 orang guru, kesahnya.....

Keupayaan beliau mengaut keuntungan dengan begitu segera amat mengkagum kan aku,dari segi intelek dan sistem pemasaran yang diusahakan, beliau berupaya mencetuskan satu fenomena urusniaga berbentuk sistem pesanan ringkas, yang aku rasa boleh dimajukan atau diusahakan dan dibangunkan jika diambil secara positif.,
tapi sayang dan kesal dengan tindakan nya, produk yang diusahakan nya , memasarkan iklan SMS berbaur seks  dan klip video lucah dijual secara meluas sejak setahun lalu.boleh mengugat kestabilan Negara dengan mengalakkan kecenderungan pada gejala gejala yang tidak bermoral seperti berzina dan membuat maksiat yang membolehkan intitusi keluarga pecah belah,
Jutawan sms yang kini sedang ditahan untuk disoal siasat, memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang baru ditempah. HEBAT......

bagaimana pun Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,kejayaan terbaru polis itu telah membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat.

 itu kisah tokeh sms,, Yang ni pula kisah 2 orang guru dKuantan yang terkejut disebabkan SMS.selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dari sebuah bank menyatakan mereka menerima wang RM7.5 trilion dimasukkan dalam akaun masing-masing, Lebih membimbangkan, kebetulan mereka menerima gaji pada hari itu dan kesilapan itu akan memungkinkan wang gaji tidak dapat dikeluarkan ,Seorang pegawai bank dihubungi mengaku kesilapan teknikal berikutan sistem perkomputeran bank itu dinaik taraf dan mengakibatkan kesilapan jumlah wang dihantar kepada penyimpan akaun.
kesilapan SMS ini tidak menjejaskan wang gaji mereka. Jika tidak, sudah tentu keadaan semakin buruk memandangkan mereka memerlukan wang ini untuk kegunaan harian selain membayar bil dan ansuran.
Pihak bank berkenaan mengakui kesilapan mereka dan sekali lagi menghantar SMS kira-kira jam 4.30 petang memohon maaf, selain mengembalikan semula caj 30 sen bagi SMS yang mereka terima sebelumnya



Detective Conan ;aku pula masih mengirim text kat rakan aku,BILE HUTANG AKU, KO NAK LANGSAI???

1 comment:

  1. kan elok kesilapan teknikal tu berlaku kat bank account aku!

    ReplyDelete