Saturday 20 February 2010

kajang PAK MALAU dan lambakan WARGA asing

  LAMBAKAN WARGA ASING,di ibukota khusus di KLCC pada musim perayaan, mencetus satu polemik hangat yang sedang diperkatakan. Rata Rata masyarakat  Malaysia kurang senang dengan kebanjiran warga asing yang menempel  atau bersidai di perkarangan KLCC dan kawasan sama waktu dengan nya,
  bagi pendapat aku pula berbeza, biarkan lah sesekali mereka beriadah. bersosial bersama teman, sesekali juga kita harus berfikiran terbuka. tapi mungkin  ada segelintir warga asing yang  tidak tahu  budaya atau cara bersosial masyarakat malaysia menyebabkan masyarakat kita kurang senang dengan sikap atau cara mereka beriadah, yang mungkin boleh menimbulkan syak wasangka yang buruk terhadap mereka.
  Soal lambakan itu sebenar isu lama, pelbagai mekanisma dan mikronisma telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung dari menular, apa yang dikesalkan masyarakat kita hanya pandai menunding jari semata mata kepada institusi atau badan kerajaan sahaja.Tanpa kerjasama dari masyarakat kita sendiri perkara itu tidak dapat dibendung.
    seumpama PAK MALAU dalam cerita seri mersing lagaknya masyarakat kita hari ini senang sahaja membidas tentang warga asing di Kuala Lumpur, Mereka hanya menumpang tuah Negara kita, hanya Anak Watan kita masih belum sedar tentang betapa bertuahnya mereka dilahirkan di Malaysia,dengan memilih kerja, pendapatan bulanan yang banyak atau tidak sanggup untuk bekerja seperti warga asing adalah Ibu segala PUNCA  kedatangan  dan kebanjiran warga asing.
  Maafkan aku jika halaman ini membangkit kan rasa marah pada rakyat Malaysia, Hasil dari kejiranan dan persekitaran tempat aku bekerja yang membuat aku berfikir sebegitu, Anak Watan kita sanggup menggangur dari bekerja sebagai tukang sapu sampah, apa entah lagi untuk memanjat bangunan  sambil membawa simen untuk menyiapkan sesebuah bangunan. aku pun tak sanggup


detective conan: Aku masih lagi warga negara Malaysia ,yang menghormati Bangsa aku sendiri dan pelbagai Bangsa didalam negara  MALAYSIA, aku berbangga menjadi rakyat Malaysia dan kini betapa aku rasa bertuah menjadi sebahagian yang menyalurkan sumbangan terhadap negara ku sendiri, aku sanggup mati kerana mu  MALAYSIA.. andai aku terkasar, menguris hati dengan artikel ini aku minta maaf, tapi itu adalah kenyataan


1 comment:

  1. i should promote ur blog. there is a fact on this.yeah its good..aku pon tak sanggup keje kontrek..cuci tandas or sapu sampah..dorang je yang sanggup buat tu semua..

    ade benarnye ape yang ko cuba sampaikan ni.

    ReplyDelete